Selasa, 29 September 2009

DISINILAH KU MENCARI REZEKI

SEKOLAH AGAMA BANDAR SEGAMAT
Kod Sekolah :
JYA 7001

Alamat :
Sekolah Agama Bandar Segamat
Jalan Dato’ Wan Idris
85000, Segamat
Johor
TEL / FAKS : 07-9328133

Lokasi Sekolah : Kawasan Pusat Bandar
Segamat
SEJARAH SEKOLAH AGAMA BANDAR SEGAMAT

Menurut sumber yang di perolehi, Sekolah Agama Kerajaan Johor bermula seawal tahun 1918.
Pada tahun 1950-an, Sekolah Agama Bandar Segamat di gelar Sekolah Agama Umum mengikut nama sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Agama Temenggong Abd. Rahman. Guru besarnya yang pertama ialah Dato’ Abdullah Bin Salleh. Kemudian diambil alih oleh En. Omar Bin Salleh, En. Hamdan Bin Abd Ghani, Tn. Hj. Rasidi Bin Abdullah dan En. Abd. Rahim Bin Ali.
Pada tahun 1968, sekolah ini telah berpindah ke Rumah Rehat Daerah Segamat kerana sekolah agama sesi pagi di buka. Sekolah tersebut dinamakan Sekolah Agama Bandar Segamat 1. guru besarnya ialah Tn. Hj. Munir Bin Razali. Pelajar-pelajarnya terdiri dari murid-murid darjah 1 hingga 6. sekolah agama sebelah petang pula di namakan Sekolah Agama Bandar Segamat 2. Pada ketika itu, guru besarnya ialah Mohd Arif Bin Abdullah dan pelajar-pelajarnya terdiri dari murid darjah enam sahaja. Dalam masa yang sama, sekolah agama di Temenggong masih diteruskan di mana pelajarnya terdiri dari murid darjah 1 hingga enam. Guru besarnya ialah Tn. Hj. Rahim Bin Ali.
Pada tahun 1969, Tn. Hj. Muner telah ditukarkan ke daerah Muar dan tempatnya telah digantikan oleh Encik Hadan Bin Abdullah. Kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat ke pejabat bersama dengan Encik Zainal Din Bin Ahmad. Jawatannya telah diisi oleh Encik Saedin Bin Mohamad.
Pada tahun 1976, Sekolah Agama Bandar Segamat 1 dan 2 telah dipindahkan ke bangunan Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar yang terletak berhadapan dengan pejabat pos. kini bangunan tersebut telah dirobohkan untuk pembangunan Pejabat Pendidikan Daerah Segamat.
Pada tahun 1989, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Jalan Dato’ Wan Idris, Segamat. Nama sekolah telah diubah kepada Sekolah Agama Bandar Segamat Pagi dan Petang sehinggalah hari ini. Pada waktu itu, guru besarnya ialah Encik Saedin Bin Mohamad dan sesi petang pula ialah Encik Mokhtar Bin Hitam.
Selepas itu, perubahan demi perubahan berlaku di mana Ustaz Arif Bin Abdullah telah dinaikkan pangkat sebagai Pengelola Pendidikan Agama Daerah Segamat. Selain itu, Ustaz Mokhtar Bin Hitam pula telah dinaikkan pangkat sebagai Pelawat Segamat Selatan dan Ustaz Saedin Bin Mohamad dinaikkan pangkat sebagai Pelawat Segamat Utara. Jawatan guru besar sesi pagi diisi oleh Encik Zainal Din Bin Ahmad manakala sesi petang diisi oleh Ustaz Elias Bin Mohamad. Apabila Ustaz Elias pulang ke rahmatullah, tempat beliau diambil alih oleh Ustaz Barkawi Bin Mat Rawi.
Pada 1 Ogos 1999, sekolah agama sesi pagi dan petang telah disatukan pentadbirannya di bawah satu guru besar. Oleh sebab itu, Ustaz Barkawi Bin Mat Rawi telah bertukar ke Sekolah Agama Felda Redong 1 dan Ustaz Zainal Din Bin Ahmad bertukar ke Sekolah Agama Kampung Jawa. Pentadbiran Sekolah Agama Bandar Segamat diambil alih oleh Ustaz Hj. Keni Bin Miskon.
Ustaz Hj Keni Bin Miskon dinaikan pangkat sebagai Penyelia peperiksaan Daerah Segamat manakala Ustaz Wan Hassan Bin Wan Abas sebagai pentadbir baru.Tahun demi tahun silih berganti tanggal 1 Ogos 2003 Ustaz Wan Hassan Bin Wan Abbas dinaikan pangkat sebagai Penyelia Pendidikan Agama Daerah Segamat. Kekosongan tersebut diisi oleh Ustaz Zainal Abidin sebagai pentadbir Sekolah Agama Bandar Segamat sehinggalah 31 Disember 2008 apabila Ustaz Zainal Abidin berpindah Ke Sekolah Agama Hjh Nomah Kampung Gelang Chinchin. Bermula dari 1 Januari 2009 jawatan Guru Besar Sekolah Agama Bandar Segamat disandang oleh Ustazah Hjh. Azizah Shuib hinggalah sekarang.
Sejarah Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Segamat pula bermula apabila ia ditubuhkan pada tahun 1979. Pengerusinya ialah :

1. Abdullah Bin Md. Yasin
2. Ahmad Bin Hj. Radzwan
3. Abdullah Bin Abu Bakar
4. Jaharadak Bin Ma’aon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan